Terma & Syarat

Bayaran & Deposit Keselamatan

  1. Deposit Tempahan (Lock Date) adalah sebanyak RM300 sahaja.
  2. Baki penuh perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh daftar masuk (check-in).
  3. Deposit Keselamatan adalah sebanyak RM200, dan akan dipulangkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas semakan kerosakan atau kehilangan dibuat ke atas fasiliti yang disediakan.
  4. Deposit keselamatan boleh ditolak sekiranya terdapat pelanggaran mana-mana syarat atau peraturan.

Pindaan Tarikh & Pembatalan

  1. Tiada polisi pembatalan selepas tempahan disahkan.
  2. Penundaan tarikh hanya dibenarkan jika dimohon sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh check-in.
  3. Caj pengurusan RM100 akan dikenakan jika penundaan dibuat kurang daripada 14 hari.
  4. Penundaan hanya dibenarkan maksimum dua (2) kali sahaja.
  5. TIDAK DIBENARKAN menukar tarikh jika kurang daripada 7 hari dari tarikh check-in, atas apa-apa sebab sekalipun.
  6. Jika dalam tempoh 7 hari sebelum check-in anda membuat pembatalan, 100% bayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
  7. Namun begitu, untuk mengelakkan kerugian di pihak anda, anda dibenarkan untuk menjualkan semula pakej penginapan tersebut kepada pihak ketiga.
  8. Jika anda menjualkan pakej ini kepada pihak ketiga, anda perlu memaklumkan kepada kami dengan segera.

Daftar Masuk & Daftar Keluar (Check-In & Check-Out)

  1. Check-in: 3.00 petang
  2. Check-out: 12.00 tengah hari
  3. Caj RM50 setiap 30 minit akan dikenakan untuk check-out lewat.
  4. Sila beri laluan kepada pihak pengurusan untuk menyiapkan unit bagi penghuni seterusnya.

Memasak & BBQ

  1. Memasak dan BBQ dibenarkan dengan syarat kawasan dapur & BBQ dibersihkan selepas digunakan.
  2. Caj pembersihan tambahan RM100 akan dikenakan (melalui pemotongan deposit) jika kawasan tidak dikemaskan.

Bilangan Penghuni

  1. Had maksimum penghuni ialah 12–15 orang sahaja (termasuk dewasa dan kanak-kanak).
  2. Sekiranya didapati melebihi kapasiti, deposit keselamatan tidak akan dipulangkan, dan tempahan boleh dibatalkan.
  3. Pemantauan akan dilakukan melalui CCTV di pintu gerbang utama.

Tempat Letak Kenderaan

  1. Kenderaan mesti disusun dengan betul di kawasan yang disediakan.
  2. Dilarang meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran atau mengganggu laluan keluar masuk jiran.
  3. Keselamatan kenderaan adalah tanggungjawab sendiri.

Keselamatan Penghuni

  1. Keselamatan sepanjang tempoh menginap adalah di bawah tanggungjawab penghuni.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini.

Fasiliti & Kelengkapan

  1. Segala kelengkapan dan fasiliti haruslah dijaga dengan baik, elakkan kerosakan dan pembaziran.
  2. Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan, sila maklumkan segera kepada pihak pengurusan.
  3. Kami amat menghargai kejujuran dan kerjasama anda.

Larangan Keras

  1. Hanya penghuni beragama Islam dibenarkan, demi menjaga kesucian kawasan ini.
  2. Dilarang membawa:❌ Minuman keras.
    ❌ Dadah.
    ❌ Makanan haram / najis.
    ❌ Binatang peliharaan.
  3. Dilarang melakukan:
    ❌ Zina atau maksiat.
    ❌ Perbuatan yang melanggar undang-undang negara.
  4. Tidak dibenarkan membawa makanan yang haram dan najis di sisi undang-undang agama Islam
  5. Tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara.
  6. Aduan berkaitan kesalahan serius akan terus dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Peraturan Penggunaan Kolam Renang

  1. Penggunaan kolam renang adalah pada jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja.
  2. Mohon untuk kawal bunyi bising ketika mandi selepas jam 8 malam.
  3. Penghuni digalakkan memakai pakaian mandi yang sesuai. Tidak digalakkan memakai pakaian daripada kapas (cotton). Dilarang memakai pakaian yang luntur warna.
  4. Swim diapers wajib untuk kanak-kanak yang memakai lampin.
  5. Kanak-kanak di bawah ketinggian 120 cm tidak dibenarkan mandi tanpa pengawasan ibu bapa dan penjaga.
  6. Penghuni hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.
  7. Dilarang :

    ❌ Berlari atau bertolak-tolak.
    ❌ Merokok, makan atau minum di dalam/sekitar kolam.
    ❌ Membawa sabun/syampu atau barangan tidak berkaitan ketika berada dalam kolam.
    ❌ Membuang apa-apa ke dalam kolam seperti membuang air, hingus, kahak atau ludah.
    ❌ Mandi semasa guruh/petir.

  8. Individu berpenyakit kulit, telinga, atau berjangkit tidak dibenarkanmemasuki kawasan kolam.
  9. Penghuni hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam.
  10. Penghuni dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.
  11. Pihak pengurusan berhak menegur mana-mana penghuni yang melanggar peraturan.
  12. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.

Segala syarat & peraturan ini ditetapkan untuk menjamin keselesaan semua penghuni. Kami percaya anda sebagai tetamu Mafeya Guest House akan menghormati garis panduan ini dan menyokong usaha kami ke arah perkhidmatan penginapan yang selamat dan beretika.

Ada Pertanyaan? Chat dengan kami