Terma & Syarat

Bayaran & Deposit Keselamatan

  1. Deposit Tempahan Tarikh (Lock Date) hanya RM300 sahaja.
  2. Baki keseluruhan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh check in.
  3. Deposit Keselamatan pula adalah sebanyak RM200 sahaja.
  4. Deposit keselamatan ini akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan ke atas fasiliti yang disediakan.
  5. Deposit keselamatan juga boleh ditolak atas peraturan dan syarat yang dilanggar.

Pindaan Tarikh & Pembatalan

  1. Kami tidak ada polisi pembatalan setelah tempahan dibuat.
  2. Kami hanya membenarkan anda untuk membuat penundaan ke tarikh yang baru dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh check in.
  3. Jika penundaan tarikh dilakukan kurang dari 14 hari, caj pengurusan dikenakan sebanyak RM100.
  4. Penundaan tarikh hanya boleh dibuat 2 kali sahaja.
  5. Tarikh TIDAK BOLEH DIPINDA KURANG DARI 7 HARI dari tarikh check in dengan apa-apa alasan sekalipun.
  6. Jika dalam tempoh 7 hari sebelum check in anda membuat pembatalan, 100% bayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
  7. Namun begitu, untuk mengelakkan kerugian dipihak anda, anda dibenarkan untuk menjualkan semula pakej penginapan tersebut kepada pihak ketiga.
  8. Jika anda menjualkan pakej ini kepada pihak ke tiga, anda perlu memaklumkan kepada kami dengan segera.

Daftar Masuk & Daftar Keluar (Check-In & Check-Out)

  1. Waktu Daftar Masuk (Check-In) adalah pada pukul 3.00 petang dan Daftar Keluar (Check-Out) pukul 12.00 tengah hari.
  2. Check Out lewat melebihi jam 12 tengahari dikenakan RM50 bagi setiap 30 minit.
  3. Kita harus memberi laluan kepada pihak pengurusan untuk menyediakan keadaan yang selesa kepada bakal penghuni yang akan check in selepas anda.

Memasak & BBQ

  1. Penghuni dibenarkan memasak dan membuat BBQ dengan syarat dapur dan ruangan BBQ mestilah dibersihkan semula selepas digunakan.
  2. Jika ruangan dapur dan BBQ ditinggalkan bersepah dan tidak dikemaskan semula, pihak kami terpaksa mengenakan caj pembersihan tambahan sebanyak RM100 melalui penolakan deposit keselamtan.

Bilangan Penghuni

  1. Jumlah bilangan penghuni maksimum  adalah seramai 25 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.
  2. Jika didapati bilangan melebihi kapasiti yang ditetapkan, keseluruhan deposit keselamatan RM200 tidak akan dipulangkan
  3. Pihak pengurusan akan memantau kemasukan penghuni melalui CCTV yang dipasang Pintu Gerbang Utama.

Tempat Letak Kenderaan

  1. Pelanggan mesti menyusun kenderaan di kawasan yang disediakan dengan cara yang betul supaya tidak menghalang laluan utama.
  2. Tempat letak kenderaan ini disediakan dengan lampu spotlight bagi tujuan keselamatan.
  3. Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa bentuk kerugian.

Keselamatan Penghuni

  1. Keselamatan semua penghuni adalah dibawah tanggungjawab sendiri
  2. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini.

Fasiliti & Kelengkapan

  1. Segala kelengkapan dan fasiliti haruslah dijaga dengan baik, tidak dirosakkan dan melakukan pembaziran
  2. Jika berlaku kehilangan dan kerosakan, pelanggan wajib memaklumkan kepada kakitangan pengurusan.
  3. Kami amat menghargai kejujuran dan keikhlasan anda.

Larangan Keras

  1. Kami HANYA menerima penghuni yang beragama ISLAM sahaja bagi memastikan kesucian kawasan ini.
  2. Tidak dibenarkan membawa minuman keras dan apa-apa jenis dadah yang menyalahi undang-undang.
  3. Tidak dibenarkan melakukan perbuatan ZINA & MAKSIAT ketika berada disini.
  4. Tidak dibenarkan membawa makanan yang haram dan najis disisi undang-undang agama Islam
  5. Tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara.
  6. Jika pihak pengurusan menerima aduan atas kesalahan yang serius, kami akan laporkan kepada pihak berkuasa.

Peraturan Penggunaan Kolam Renang

  1. Penggunaan kolam renang adalah pada jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja.
  2. Mohon untuk kawal bunyi bising ketika mandi selepas jam 8 malam.
  3. Penghuni digalakkan memakai pakaian mandi yang sesuai. Tidak digalakkan pakaian daripada kapas (cotton). Dilarang memakai pakaian yang luntur warna.
  4. Kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang hendaklah memakai “swim diapers”
  5. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun hendaklah ditemani orang dewasa.
  6. Penghuni hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.
  7. Dilarang berlari & bertolak-tolak di sekitar kawasan kolam.
  8. Penghuni yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau sakit telinga atau hidung yang membahayakan tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.
  9. Merokok, makan dan minum adalah dilarang di dalam dan kawasan kolam renang.
  10. Penghuni dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.
  11. Penghuni hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam.
  12. Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.
  13. Penghuni dilarang membuang air, hingus, kahak atau ludah didalam kolam.
  14. Penghuni dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.
  15. Penghuni tidak dibenarkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.
  16. Pihak pengurusan berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan
  17. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.

Segala SYARAT & PERATURAN ini ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada sekelian penghuni yang bakal menghuni di sini. Kami percaya penghuni Mafeya Guest House adalah mereka yang memahami aspirasi dan sentiasa memberi sokongan keatas usaha ini.

Ada Pertanyaan? Chat dengan kami